Friday, November 24, 2017

14 SEBAB PUNCA GANGGUAN JIN

PUNCA GANGGUAN JIN


Permusuhan diantara jin dan manusia sangat berbeza keadaannya diantara permusuhan manusia dengan manusia. Ini kerana, apabila terjadinya permusuhan diantara manusia dan manusia, Islam mengajar kita agar bersabar, bahkan dianjurkan supaya berbuat baik kepada mereka yang memusuhi kita.

Apa tujuan Islam mengajar kita cara yang begitu? Ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghilangkan permusuhan dan kebencian sesama manusia. Tetapi permusuhan diantara manusia dan syaitan, cara yang dianjurkan di atas tidak akan memberikan kesan. Kesabaran dan kebaikan yang kita tunjukkan tidak akan menghilangkan rasa permusuhan dan kebencian jin terhadap manusia.

Justeru itu, cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menghadapi permusuhan diantara jin dan manusia ialah dengan sentiasa "bertaawudz", iaitu memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan serta gangguan jin dan syaitan.

Oleh kerana permusuhan yang telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi, pelbagai cara dan jenis gangguan jin yang berlaku ke atas manusia.

1) FAKTOR JIN :
  • Jin telah jatuh cinta kepada manusia
  • Jin mahu bersahabat dengan manusia kerana status manusia itu (memiliki ilmu batin atau saka)
  • Dengki dengan manusia yang taat kepada agama
  • Berdendam kerana ada ahli keluarga jin dibunuh oleh manusia secara sengaja atau tidak sengaja. sebagai contoh membunuh ular yang sebenarnya jelmaan jin
2) FAKTOR MANUSIA :
  • Menuangkan air panas ke dalam mangkuk tandas atau lubang yang didiami oleh jin
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah 
  • Bersama dengan isteri tanpa menyebut nama Allah
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi
  • Tukang sihir atau bomoh
  • Dengki dan khianat dengan orang lain - punca utama seseorang melakukan sihir ke atas orang lain
  • Tidak mengawal emosi seperti sentiasa marah-marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang tinggi, lalai, dan berniat jahat
  • Pengamal sihir atau amalan-amalan persilatan yang menggunakan perantara jin
  • Anak cucu yang menerima saka

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...